Nazam Resources yang telah beroperasi pada tahun 2017, kini lebih dikenali sebagai NB First Lab Solutions. Di mana perniagaan ini bermatlamat untuk mendidik para usahawan dan peniaga mengenai isu-isu dalam cukai pendapatan.
NB First Lab Solutions yang dikawal selia sepenuhnya oleh syarikat induk Lab System Industries PLT ini sentiasa berusaha untuk memberikan penyelesaian cukai pendapatan yang terbaik dengan menyediakan dokumen yang tepat untuk pelanggan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan konsultasi berasaskan web secara percuma, di mana kami menekankan pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dengan tumpuan utama kepada cukai pendapatan. Ini adalah bagi mendidik dan memberi pencerahan kepada semua usahawan dalam meningkatkan pengetahuan cukai mereka dari asas hinggalah ke peringkat lanjutan dengan berpandukan kepada Garis Panduan LHDNM dan Akta Cukai Pendapatan Malaysia. Dasar-dasar Kerajaan yang terbaru juga akan disampaikan bagi memastikan usahawan mengambilkira perubahan dasar Kerajaan dalam perniagaan mereka.