PENGURUSAN CUKAI PENDAPATAN
Cukai Pendapatan akan dikenakan ke atas KEUNTUNGAN yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion. Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), setiap individu yang menerima pendapatan dari Malaysia diwajibkan untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang Cukai) pada setiap tahun. Kelonggaran hanya diberikan kepada individu yang menerima pendapatan penggajian sahaja tetapi terhad kepada pendapatan bawah RM34,000 sahaja.
Ini jelas menunjukkan bahawa setiap individu yang menjalankan perniagaan diwajibkan untuk menghantar borang cukai tanpa mengira jumlah pendapatan yang diterima.
KENAPA PERLU HANTAR BORANG CUKAI
- TANGGUNGJAWAB PEMILIK PERNIAGAAN
Melaporkan pendapatan perniagaan bagi individu yang menjalankan perniagaan adalah satu kewajipan di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967.
- BANTUAN DAN GERAN
Borang Cukai yang telah disah terima oleh LHDNM merupakan dokumen yang sangat kukuh dalam mendapatkan kemudahan pinjaman dari bank dan juga agensi-agensi Kerajaan. Termasuklah pinjaman perumahan dan juga pinjaman kenderaan.
- DENDA DAN PENALTI
Kegagalan menghantar Borang Cukai boleh didakwa di bawah Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan jumlah denda di antara RM200.00 hingga RM20,000.00 atau Penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
- CUKAI ANGGARAN
LHDNM berhak mengenakan Cukai ke atas Anggaran Pendapatan Kasar Tahunan yang diterima oleh individu yang gagal mengemukakan Borang Cukai dalam tempoh yang ditetapkan. LHDNM juga berhak mengenakan denda / penalti gagal hantar borang tidak kurang dari 30%.
- SEKATAN PERJALANAN
Di bawah Seksyen 104, ACP 1967, LHDNM boleh mengeluarkan sijil kepada Jabatan Imigresen bagi menghalang individu atau Pengarah Syarikat yang gagal membuat bayaran cukai pendapatan dalam tempoh ditetapkan. Mereka juga boleh dikenakan denda di antara RM200.00 hingga RM20,000.00 atau Penjara tidak melebihi 6 bulan atau Kedua-duanya.
- BUKTI PERNIAGAAN
Dengan menghantar Borang Cukai, ianya dapat membuktikan bahawa perniagaan yang dijalankan itu wujud dan aktif. Ianya juga membuktikan bahawa pendapatan anda memiliki dokumen perniagaan seperti dokumen kewangan dan pentadbiran kerana kegagalan menyimpan dokumen boleh didakwa di bawah Seksyen 119A dengan jumlah denda di antara RM300.00 hingga RM10,000.00 atau Penjara tidak melebihi 1 tahun atau Kedua-duanya
HARGA PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
RM800
PERNIAGAAN PERKONGSIAN
- Adjusted PNL
- Tax Computation
- Borang B & P
- 7 Year Support
- + RM300 untuk 1 Rakan Kongsi
RM1500
PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD
- Adjusted PNL
- Tax Computation
- Borang PT & BE
- 7 Year Support
RM2000
SYARIKAT AKTIF
- Adjusted PNL
- Tax Computation
- Borang C, CP204, BE
- 7 Year Support
RM500
LAIN-LAIN PERNIAGAAN
- Adjusted PNL
- Tax Computation
- Borang TP / M / CP204
- 7 Year Support
HARGA PERKHIDMATAN TERMASUKLAH
- PENGANGKUTAN
Kos pengangkutan bagi mengambil dan menghantar dokumen. tetapi terhad hanya untuk sekitar Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Nilai dan Seremban.
- DOKUMEN
Segala dokumen akan disediakan dalam bentuk softcopy (CD) dan juga hardcopy (Arch File) untuk simpanan pelanggan. Pihak kami juga akan menyimpan salinan selama 7 tahun
- KONSULTASI
Selama setahun, pihak kami akan memberikan konsultasi dan khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan mengenai topik-topik kewangan dan percukaian yang diperlukan oleh pelanggan