Urus Cukai

Welcome to our NBSHEET Service!

Welcome to our NBSHEET Service!

SIMPAN KIRA

SIMPAN KIRA / PERAKAUNAN

SIMPAN KIRA adalah proses pertama dan utama dalam sistem perakaunan. Pengetahuan asas tentang simpan kira-kira adalah penting untuk pelaporan kewangan perniagaan yang konsisten.

Kebanyakan perniagaan baharu gagal dalam tempoh 3 tahun pertama beroperasi disebabkan oleh faktor pengurusan kewangan dan pengurusan akaun atau simpan kira-kira yang yang lemah.

Adalah penting untuk setiap usahawan mempunyai rekod yang baik bagi setiap transaksi perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan supaya dapat mengenal pasti sama ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian.

 

KENAPA PERLU BUAT PERAKAUNAN

Menjadi tanggungjawab pemilik untuk memantau dan merekod aliran kewangan perniagaan yang dijalankan. Bagi entiti seperti PLT, Sdn Bhd dan Berhad, menjadi satu kewajipan pemilik untuk menyediakan laporan kewangan/ management account dan menyerahkannya ke SSM

Untuk menentukan jumlah Keuntungan/ Kerugian perniagaan yang dijalankan. Melalui penyediaan Penyata Untung Rugi, pemilik boleh melihat kos sebenar produk/ perkhidmatan yang dijalankan dan menambahbaik penetapan harga barangan bagi mengelakkan perniagaannya rugi atau tidak pulang modal

Sebagai dokumen sokongan bagi perancangan dan jangkaan perniagaan pada masa akan datang. Meskipun Laporan kewangan tidak perlu dihantar ke SSM, namun ianya sangat diperlukan untuk pemilik membuat pinjaman perniagaan

Sebagai dokumen sokongan bagi mendapatkan dana dari pelabur dan juga pinjaman daripada bank. Melalui pembentangan laporan-laporan kewangan ini, Pelabur lebih yakin melihat jangkaan perniagaan di masa akan datang

PILIHAN PAKEJ YANG DITAWARKAN

RM500

SEBULAN

RM900

SUKU TAHUN

RM2000

TAHUNAN

PAKEJ TERMASUKLAH

Kos pengangkutan bagi mengambil dan menghantar dokumen. tetapi terhad hanya untuk sekitar Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Nilai dan Seremban

Segala dokumen akan disediakan dalam bentuk softcopy (CD) dan juga hardcopy (Arch File) untuk simpanan pelanggan. Pihak kami juga akan menyimpan salinan selama 7 tahun

Selama setahun, pihak kami akan memberikan konsultasi dan khidmat nasihat secara percuma kepada pelanggan mengenai topik-topik kewangan yang diperlukan oleh pelanggan