Sumber Manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Manakala Pengurusan Sumber Manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat organisasi.
Pengurusan sumber manusia merujuk kepada amalan, dasar dan sistem yang mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan prestasi pekerja. Antara amalan-amalan pengurusan sumber manusia termasuk menentukan keperluan sumber manusia (perancangan sumber manusia), menarik pekerja yang berkelayakan (perekrutan), memilih pekerja (pemilihan), mengajar pekerja bagaimana untuk melaksanakan kerja dan menyediakan mereka untuk masa depan (latihan dan pengembangan), memberi ganjaran kepada pekerja (pampasan), menilai prestasi pekerja (penilaian prestasi), dan membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni (perhubungan pekerja).
Bagi melancarkan proses tersebut, PAYROLL digunakan sebagai asas untuk merekod maklumat-maklumat perkerja tersebut seperti merekod jumlah cuti, gaji pokok, elaun dan kemudahan yang diberikan.